DIAM TANDA APA?
“Kami datang ni
membawa hajat. Nak menyunting bunga di taman. Sudikah Melah menjadi menantu
kami, bersuamikan Mail?” tanya Pak Mat kepada Pak Lang dan Mak Lang, ibu
bapa Melah.
“Hah Melah, apa kata
kamu?” sergah Mak Lang kepada anak gadisnya yang dari tadi lagi diam
membisu.
Melah berhasrat untuk memanjangkan tempoh masanya dalam
diam.
“Diam tandanya setuju
la tu,” sampuk Mak Esah isteri Pak Mat, disambut hilai tawa semua orang
yang ada. Melah hanya senyum tersipu-sipu. Malu tapi mahu.
Diam tanda SETUJU?
Diam maksudnya YA?
Diam isyarat SOKONG?
Mungkin pada tahun 60-an, gayanya begitu. Diam maknanya tiada
bangkangan. Diam disama ertikan dengan setuju. Adakah dunia era ini begitu?
Masih relevankah diam tanda setuju pada hari ini? Bukan dari segi nikah kahwin
sahaja, tapi dari segala aspek.
Freedom of speech. Hampir segenap kelompok manusia bercakap
soal hak kebebasan bersuara. Semakin hari, semakin galak berbicara soal
kebebasan bersuara. Ia menunjukkan betapa kebebasan bersuara berada pada tahap
bahaya. Penafian, baik secara formal atau tidak formal, terhadap hak seseorang
untuk bersuara semakin terhakis. Kalau tidak kerana hak tersebut semakin
terhakis, maka orang tidak akan bercakap soal kebebasan bersuara. Polis tidak
akan mempertingkatkan rondaan di suatu kawasan perumahan jika kadar jenayah di
kawasan tersebut tidak meningkat. Mudah!
Kita melihat suasana pada hari ini yang sudah tidak mesra
untuk berbeza pandangan. Orang sudah takut untuk menentang arus. Kita berada
pada zaman di mana sokongan disuarakan sekuat mungkin, tapi ketidak sokongan didiamkan
sesunyi mampu. Mereka yang tidak bersetuju lebih memilih untuk mendiamkan diri
daripada menyuarakan ketidak puasan hati. Faktornya, mungkin memikirkan natijah
jika tidak bersetuju atau untuk menjaga hati seseorang.
Apa saja alasannya, era ini adalah era di mana ramai antara
kita yang “takut” untuk bersuara. Maka bila kita menyuarakan sesuatu, ada yang
gegak gempita menyokong kita, tapi ada juga yang diam tidak berkata apa-apa.
Tapi tiada seorang pun yang berkata tidak setuju. Apakah kita berfikiran semua
setuju?
Samada mereka takut
atau malu.
Atau tidak mahu
dilihat melulu.
Maka bila aku berkata
sesuatu.
Dan ada yang tidak
menyokong tanda setuju.
Tapi memilih untuk
diam membatu.
Isyaratnya aku sangat
tahu.
Kerna aku juga begitu.
Diam bila tidak
besetuju!
Aku rasa benda ini lebih kepada faktor pendidikan formal dan tidak formal.
ReplyDeleteFormal ialah bagaimana kita tak diajar participation semasa kelas di sekolah rendah dan menengah. Dah kat universiti terkejut nampak benda2 ni. Aku ada borak dengan 2 budak TESL beberapa bulan lepas dan ini obvious kita takde.
Pendidikan tak formal pulak lebih kepada budaya.
Kita dilarang masuk campur perbualan orang tua, pendapat kita tak dilayan dan matang adalah mengikut umur.